PERMATA HATI BONDA

Tuesday 28 May 2013

MENCARI TAJAAN KE PERTANDINGAN The World Scholar’s Cup: DUBAI



The World Scholar’s Cup
 LATAR BELAKANG
         
1.1         Program ini merupakan satu pertandingan peringkat antarabangsa yang menguji peserta tentang pengetahuan mereka terhadap topik-topik yang diberi  yang merangkumi enam (6) bidang iaitu HistoryScienceSpecial AreaCurrent AffairsLiterature dan Art di samping penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.
1.2  The World Scholar’s Cup merupakan sebuah pertandingan peringkat antarabangsa yang diadakan setiap tahun. 
1.3  Pertandingan ini merangkumi empat (4) kategori utama yang dipertandingkan iaitu Team DebateScholar’s ChallengeScholar’s Bowl dan Collaborative Writing yang akan diberikan pencapaian dalam bentuk anugerah Gold, Silver dan Bronze.
1.4  Pertandingan bertujuan untuk menggalakkan pelajar membuat kajian dan menambah pengetahuan mereka di dalam pelbagai bidang yang diuji dengan memberi penekanan terhadap proses pembelajaran yang mereka lalui sepanjang membuat kajian tersebut.
1.5  Sebanyak satu (1) pasukan MRSM Gemencheh telah terpilih untuk menyertai pertandingan di peringkat Global Round ini bagi kategori Senior.
**Pasukan MRSM Gemencheh  yang telah terpilih merupakan di antara sepuluh pasukan terbaik di peringkat Regional Round. Pasukan ini menduduki tangga ke-6 terbaik beserta beberapa anugerah yang turut dimenangi
 PELAKSANAAN

2.1         Objektif menyertai program ini adalah seperti berikut;

  1. memupuk semangat kompetitif dalam kalangan pelajar MRSM Gemencheh,
                  
  1. menggalakkan pelajar daripada berbilang latar belakang untuk menerokai kebolehan diri dan mempraktikkan kemahiran baru,

  1. menginspirasikan budaya membuat kajian dan inkuiri dalam kalangan pelajar MRSM Gemencheh ke arah melahirkan cendekiawan serta bakal pemimpin masa hadapan yang terdiri daripada komuniti global, dan

  1. menggalakkan kerjasama dan dialog antara budaya dalam kalangan pelajar dan guru MRSM Gemencheh dengan pelajar dan guru dari negara-negara lain.


2.2         Tarikh
Pertandingan ini akan berlangsung dari 19 hingga 23 Jun 2013.

2.3         Tempat
Pertandingan ini akan diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

2.4         Penganjur
Pertandingan ini dianjurkan oleh The World Scholar’s Cup Team yang berpusat di Los Angeles, California.

Pihak MRSM Gemencheh mengalu-alukan sumbangan tajaan untuk tujuan ini. Ini adalah program peringkat Antarabangsa yang ke 5 MRSM Gemencheh. Sebelum ini wakil ke
Riau Indonesia -Khidmat Masyarakat
Korea dalam pertandingan robotik,
Jepun dalam katogeri Leadership 
Dubai bagi pertandingan The World Scholar’s Cup.
Sebarang sumbangan boleh melalui:
YDP MUAFAKAT di talian 019-7593791
PENGETUA : 019-2333751

1 comments:

Anonymous said...

188bet - Sports & Entertainment - Thélévét - Thélévét
188bet dafabet is a leading gambling brand in 188bet the world of online gambling. We are known for producing high quality casino games クイーンカジノ and providing the

Post a Comment