PERMATA HATI BONDA

Tuesday 5 February 2013

MAKLUMAN MESYUARAT MUAFAKAT KALI KE 5



MAKLUMAN MESYUARAT MUAFAKAT KALI KE 5

Mesyuarat MUAFAKAT akan diadakan sperti berikut:

TARIKH: 8 Februari 2013
HARI : Jumaat
MASA : 2.30 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Besar MRSM Gemencheh



AGENDA :

1.     Kata-kata Aluan Pengerusi majlis / NYDP
2.     Pembentangan & Pengesahan Minit Mesyuarat Ketiga 2012/2014
3.     Perkara Berbangkit
4.     Ucapan Tuan Pengetua
5.     Pembentangan Program Pembangunan Akademik
6.     Pembentangan Program Pembangunan Sahsiah
7.     Laporan Kewangan ( Mengikut Bulan )
8.     Hal-hal Lain ( Rangkaan MRSM Gemencheh )



 klik di sini untuk muat turun

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN & PELANCARAN PROGRAM GEMILANG PMR&SPM 2013



Makluman kepada semua ibubapa pelajar tINGKATAN 3 & 5MRSM Gemencheh . Pihak maktab akan mengadakan Majlis Pelancaran Program Gemilang SPM dan PMR 2013 serta Penyerahan Wang Bantuan Persekolahan RM100(untuk semua pelajar MRSM GEMENCHEH) pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 8 Februari 2013 (Jumaat)
Masa : 8.30 pg - 12.15 tgh
Pakaian : Baju kebangsaan
Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Hasan b Malek (Timb. Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah). Sehubungan dengan itu, semua ibubapa dijemput hadir. Bagi melancarkan perjalanan majlis, tuan/puan diminta mengesahkan kehadiran tuan/puan dengan menghantar pesanan ringkas kepada Cik Fitriah bt Osman (019-6697679) dengan menyatakan nama anak tuan/puan serta kelas beliau. Sekian, terima kasih.

*Bagi penjaga Ting 1,2 dan 4 Dari Negeri Sembilan yang berkelapangan juga dijemput hadir..*

Monday 4 February 2013

PERUTUSAN YDP MUAFAKAT




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Selamat bertemu dan berkomunikasi di dalam blog muafakat Mrsm Gemencheh. JazakaAllah Khayran Kathira kepada Ustaz Sholiheen di atas sumbangan dan sentuhannya di dalam mewujudkan blog, Fb dan iklan bagi muafakat Mrsm Gemencheh di dalam mrsmgemencheh.com. Mungkin ada yang bertanya; kenapa baru sekarang muafakat mrsm Gemencheh lancarkan blog dan Fbnya? Jawapan dari saya ialah; setelah berlaku beberapa kali tertangguh, akhirnya kekuatan daripada beberapa pencapaian anak-anak Ulul Albab dan yang terbaru keputusan PMR, maka di sinilah kita akan bermula berkongsi sedikit pengalaman berkaitan perkembangan warga Mrsm Gemencheh melalui media sosial iaitu blog dan fb khususnya. Pada hemat saya, keaktifan mrsmgemencheh.com yang memaparkan pelbagai info dan perkembangan khususnya berkaitan warga dan anak-anak Mrsm Gemencheh sebenarnya sudah cukup untuk menyediakan komunikasi maya khusus bagi ibubapa-muafakat Mrsm Gemencheh. Namun, hakikat kepada keperluan platform khusus di kalangan ibubapa-muafakat Mrsm Gemencheh telah menyebabkan blog ini diwujudkan di samping Fb. InsyaAllah blog ini dan Fb muafakat Mrsm Gemencheh diharapkan akan menjadi media resmi bagi interaksi dan paparan info bagi ibubapa-guru-pelajar-masyarakat luar. Melalui akhlak dan etika komunikasi Islam dan global, saya berkeyakinan semua pihak akan menggunakan media sosial ini untuk memajukan anak-anak dan warga Mrsm Gemencheh, memperkukuhkan ukhuwwah dan ikatan sesama kita di atas dasar taqwa dan Iman.

Bagi pihak badan Muafakat Mrsm Gemencheh, insyaAllah kami komited untuk berkongsi info dan perkembangan yang meliputi keputusan, tindakan dan sokongan di kalangan ahli-ahli badan ini. Sebarang soalan, cadangan, komentar membina dan sumbangan dalam pelbagai bentuk demi kebaikan dan kemajuan Mrsm Gemencheh boleh disalurkan melalui blog dan fb muafakat Mrsm Gemencheh. Sekian, wassalam.

Prof.Madya Dr Ishak Suliaman
YDP Muafakat MRSM Gemencheh

Sunday 3 February 2013

SALAM PEMUAFAKATAN

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh...
Seperti yang telah diputuskan di dalam mesyuarat MUAFAKAT di Port Dickson tahaun 2012 yang lalu, MUAFAKAT MRSM GEMENCHEH bersetuju untuk mewujudkan blog BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MRSM GEMENCHEH di alamat http://www.muafakatgemencheh.blogspot.com. Blog ini dibawah kendalian Setiausaha MUAFAKAT iaitu En Huda Bin Razali dan En.Sholiheen Bin Osman. Diharap dengan kewujudan blog ini memberi ruang kepada semua ahli MUAFAKAT MRSM Gemencheh untuk mengetahui perkembangan,memberi buah fikiran dan berkonsi idea-idea bernas dalam memaju dan meningkatkan kerjasama di antara Ibu bapa penjaga,para murabbi dan warga MRSM Gemencheh. Sebarang idea atau cadangan sila emailkan ke mrsmgemencheh@gmail.com