PERMATA HATI BONDA

Monday 4 February 2013

PERUTUSAN YDP MUAFAKAT




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Selamat bertemu dan berkomunikasi di dalam blog muafakat Mrsm Gemencheh. JazakaAllah Khayran Kathira kepada Ustaz Sholiheen di atas sumbangan dan sentuhannya di dalam mewujudkan blog, Fb dan iklan bagi muafakat Mrsm Gemencheh di dalam mrsmgemencheh.com. Mungkin ada yang bertanya; kenapa baru sekarang muafakat mrsm Gemencheh lancarkan blog dan Fbnya? Jawapan dari saya ialah; setelah berlaku beberapa kali tertangguh, akhirnya kekuatan daripada beberapa pencapaian anak-anak Ulul Albab dan yang terbaru keputusan PMR, maka di sinilah kita akan bermula berkongsi sedikit pengalaman berkaitan perkembangan warga Mrsm Gemencheh melalui media sosial iaitu blog dan fb khususnya. Pada hemat saya, keaktifan mrsmgemencheh.com yang memaparkan pelbagai info dan perkembangan khususnya berkaitan warga dan anak-anak Mrsm Gemencheh sebenarnya sudah cukup untuk menyediakan komunikasi maya khusus bagi ibubapa-muafakat Mrsm Gemencheh. Namun, hakikat kepada keperluan platform khusus di kalangan ibubapa-muafakat Mrsm Gemencheh telah menyebabkan blog ini diwujudkan di samping Fb. InsyaAllah blog ini dan Fb muafakat Mrsm Gemencheh diharapkan akan menjadi media resmi bagi interaksi dan paparan info bagi ibubapa-guru-pelajar-masyarakat luar. Melalui akhlak dan etika komunikasi Islam dan global, saya berkeyakinan semua pihak akan menggunakan media sosial ini untuk memajukan anak-anak dan warga Mrsm Gemencheh, memperkukuhkan ukhuwwah dan ikatan sesama kita di atas dasar taqwa dan Iman.

Bagi pihak badan Muafakat Mrsm Gemencheh, insyaAllah kami komited untuk berkongsi info dan perkembangan yang meliputi keputusan, tindakan dan sokongan di kalangan ahli-ahli badan ini. Sebarang soalan, cadangan, komentar membina dan sumbangan dalam pelbagai bentuk demi kebaikan dan kemajuan Mrsm Gemencheh boleh disalurkan melalui blog dan fb muafakat Mrsm Gemencheh. Sekian, wassalam.

Prof.Madya Dr Ishak Suliaman
YDP Muafakat MRSM Gemencheh

0 comments:

Post a Comment